This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, November 12, 2012

# Bagaimana anda harus bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya telah tunjukkan bagaimana saya bermula hanya dengan membuat burger untuk dijual di premis perniagaan orang lain. Anda bagaimana? Makanan apa yng ingin dijual?

Harus diingat, saya jangkakan anda mempunyai masalah modal untuk memulakan perniagaan bersaiz besar yang memerlukan modal ratusan ribu ringgit. saya juga memikirkan mengapa perlu dibazirkan puluhan ribu sedangkan pulangannya hanya lebih sedikit sahaja berbanding cara yang saya laksanakan.

Jika anda hanya mempunyai modal sekitar RM100-RM300, anda sudah boleh memulakan perniagaan. Fikirkan apa yang diinginkan oleh penduduk setempat. Dimana lokasi anda?. 

Lokasi premis perniagaan yang ingin anda letak barang jualan perlu difikirkan dengan serius. Andainya tersalah pilih premis, kerugian anda akan tanggung seorang diri.Cadangan saya, pilihlah lokasi yang padat penduduk dan mempunyai institusi pengajian. Saya berani jamin jika lokasinya sekitar IPT yang mempunyai ramai pelajar seperti UUM, USM, UKM, UM....kemungkinan untuk perniagaan anda berkembang adalah sangat tinggi.

Setelah dikenalpasti lokasi, survey apa jenis produk yang belum dijual di premis tersebut dan saya cadangkan anda membuat makanan yang cepat dimasak dan disukai ramai dan memberi keuntungan lumayan. 

Mengapa perlu cepat disediakan? Kerana anda adalah seorang pekerja yang perlu bekerja mengikut waktu. Oleh itu, penyediakan makanan untuk dijual perlu dibuat seawal mungkin agar tidak menganggu urusan rasmi anda.

Fikirkan apa jenis makanannya. Jika boleh, biarlah makanan tersebut yang harganya tidak kurang dari RM0.50, Jika boleh jual lebih mahal lagi baik. 

Mengapa?

Anda bayangkan saya menjual 1 produk makanan yang harganya RM1.50 dan margin untungnya antara RM0.60 - RM0.70. Jika saya boleh menyediakan 50 biji produk tersebut, bermakna keuntungan saya sekitar RM30 - RM35.
Bayangkan juga anda menyediakan 1 produk makanan yang dijual dengan harga RM0.30 satu. Masa yang diambil untuk menyediakan produk tersebut sama dengan masa yang saya gunakan. Tenaga anda mungkin lebih dikeluarkan berbanding saya. Jika anda juga menyediakan 50 biji, Fikirkan berapa keuntungan jika nilai keseluruhan jualan sekadar mencecah RM15.00

Sekarang boleh anda fikirkan mengapa saya meminta anda menawarkan produk yang lebih tinggi harganya?

Jom lihat 10 senarai semak tindakan yang perlu dibuat untuk memulakan perniagaan anda.

1. Tentukan jenis produk (sila ikut nasihat saya)
2. Pilih lokasi dan premis yang sesuai
3. Dapatkan persetujuan pemilik premis
4. Persetujuan bersama tentang komisyen untuk pemilik premis
5. Sediakan produk dan hantar ke premis ikut waktu dijanjikan
6. Buat penilaian terhadap penawaran produk selepas seminggu beroperasi
7. Congak untuk rugi
8. Upgrade produk jika ada komen dari pembeli
9. Cuba maintain untuk bulan pertama dengan cara yang sama
10. Cuba sedaya mungkin untuk memastikan produk anda disukai (sedap la tu maknanya)

Sekian, jumpa lagi

M.I.Z.Z.I

Saturday, November 10, 2012

# ...sambungan kisah burger

Assalamualaikum dan salah sejahtera



Saya ada berjanji untuk berkongsi tentang modal untuk memulakan perniagaan burger. 

ya...jika ditanya dengan kebanyakkan orang, modal adalah salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada keinginan menjadi ahli perniagaan samada kecil atau besar. Jika saya takut untuk berfikir tentang modal, pasti perniagaan burger yang dirancang bersama isteri pasti akan berkubur dan saya akan kembali bergantung sepenuhnya kepada gaji bulanan untuk menampung kos harian.

Saya telah katakan konsep perniagan saya mudah iaitu menggunakan premis peniaga lain untuk meletakkan burger. Jadi modal saya boleh dijimatkan berpuluh kali ganda banyaknya.

saya hanya perlu menyediakan keperluan membuat burger dan barangan yang terkandung dalam resepi membuat burger. Setelah ditolak dan campur...inilah kos permulaannya.

1. kertas burger (ayam dan daging...beli kedua2nya) 2 set x RM4.50 = RM9.00
2. Roti burger 10 bungkus (ada 10 biji) x RM1.70 = RM17.00
3. Daging burger RM6.90 x 1bungkus (19 keping) = RM6.90
4. Daging ayam RM8.9 x 1 bungkus (20 keping) = RM8.9
5 Sos 4kg 1 x RM10.7
6.  Mayonis 1kg x RM5.00
7. Sayur kobis 2kg x RM2.9 = RM3.80
8. Lobak merah RM1.50
9. Pisau pemotong roti RM15.00
10. Majerin 1kg x 4.9 = RM4.9
11. Plate pembakar RM20
12. Talam seperti digunakan di bakery (lebih menarik) RM18
13. Pemotong lobak merah dan kobis RM10

warna merah menunjukkan harga yang tidak tepat tetapi hampir2 tepat

Jumlah RM130.70

Anggaran keperluan modal anda saya boleh letakkan dalam lingkungan RM150. Dengan modal hanya sebanyak itu, anda boleh menjual burger selama 3 hari dan hanya perlu tambah daging dan ayam sahaja setiap hari. Roti dan sayur hanya perlu ditambah selepas hari ke tiga. Lain-lain barang cukup untuk lebih seminggu berniaga.

Percayakah anda...hanya dengan modal sebanyak itu yang boleh diambil dari gaji bulanan anda, pendapatan dari jualan burger itu mampu di tingkatkan seperti mana kes saya. Bermula dari hanya inginkan RM30-RM50 sehari, saya mula bertekad untuk untung RM100 sehari dan ianya berhasil. 

Apa yang penting, jangan kedekut untuk membuatkan burger anda sedap walaupun harganya hanya RM1.70. Amat penting anda memilih sos yang sesuai kerana rasa burger banyak bergantung kepada sos serta pastikan mayonis juga dapat dirasai oleh pembeli. 

nasihat saya, belilah kertas pembungkus yang menarik dan bukannya memilih kertas pembungkus yang paling murah. Kadang-kadang hanya kerana kita membeli kertas yang terlebih mahal RM0.50, kuantiti jualan kita jauh lebih banyak berbanding penggunaan pembungkus yang tidak menarik. Rahsianya....belilah pembungkus yang dikenali ramai....anda pasti tahu pembungkus yang mana satu.


sekian, terima kasih



M.I.Z.Z.I.

# Solat Dhuha....rahsia murah rezeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Soal modal untuk memulakan perniagaan burger saya kita tangguhkan kerana saya rasa ada faktor penting yang ingin saya kongsi dengan anda.

Selain berusaha secara bersungguh-sungguh, tadahlah tangan memohon pertolongan Allah. Saya cadangkan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Nikmatilah keindahan bait-bait doa solat Dhuha

"Ya Allah, Sesungguhnya waktu Dhuha itu ialah waktu Dhuna-Mu, Kecantikan itu kecantikan-Mu, Keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu ialah kekuatan-Mu, kekuasaan itu ialah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu ialah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezeki ku masih di langit, turunkanlah, jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu dhuha-Mu, keagungan-Mu, Keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu. Limpahkanlah kepadaku, apa yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh"